xbox scorpio

Ketika konsol Xbox One mula-mula dilancarkan, ia menerima banyak kritikan daripada komuniti gamers kerana dilengkapi hardware yang underpowered, atau dengan kata lain, lemah. Majoriti games Xbox One tidak berupaya dijalankan pada 1080p 60fps yang merupakan benchmark bagi komuniti gamers tegar. Pada masa yang sama, jualan konsol Xbox One juga ketinggalan di belakang Sony PS4 yang memiliki keupayaan hardware yang lebih baik berbanding konsol keluaran Microsoft ini.

Xbox Scorpio – Console Gaming Paling Berkuasa

Project Scorpio merupakan ambisi Microsoft yang besar, yang mampu menggoncangkan industri. Project Scorpio bukan sahaja mahu setara dengan pesaing, tetapi jauh meninggalkan mereka dalam perlumbaan hardware yang lebih berkuasa. Berdasarkan spesifikasi yang diumumkan Mirosoft pada E3 2016, Xbox Project Scorpio bakal mengatasi konsol terbaru Sony iaitu PS4 Neo dan juga Nintendo NX yang akan turut sama dilancarkan pada tahun 2017.

Spesifikasi dan butiran Xbox Scorpio

  • 8-core processor
  • 6 Teraflops GPU (4.5x lebih daripada Xbox One 1.32 Teraflops)
  • 4K Gaming, 4K video, 4K HDR, VR
  • Menyokong semua games Xbox One dan sebilangan Xbox 360
  • Lebih mahal daripada Xbox One generasi kini
  • Berada di pasaran pada penghujung 2017

Sony PS4 Neo dilaporkan hanya mempunyai keupayaan GPU sekitar 4.19 Teraflops dan jika ianya benar, maka jurang perbezaan antara PS4 Neo dan Xbox Scorpio adalah sangat besar. Sebagai perbandingan, 6 Teraflops lebih laju daripada graphic card high-end iaitu GTX 980 yang popular di kalangan pc gamers. Masih belum diketahui adakah spesifikasi GPU bagi PS4 Neo adalah “final” dan terdapat kemungkinan besar juga Sony akan mengoptimasikan PS4 Neo supaya setara dengan Project Scorpio sebelum pelancaran yang dijangka pada 2017.

Walaupun saya bukan penggemar Xbox, tetapi berita kewujudan Project Scorpio merupakan sesuatu yang sangat mengujakan bagi sebahagian besar komuniti gamers. Lebih banyak games yang berkualiti dapat dihasilkan dengan penambahan raw power dan saya tak sabar untuk melihat persaingan konsol antara Sony, Microsoft dan juga Nintendo pada tahun 2017 nanti.

Sumber : XboxOne

 

212 total views, 1 views today