Wireless charger bukan lah teknologi baru kerana telefon pintar sudah bertahun-tahun menyokong fungsi ini. Punca utama wireless charger kurang popular ialah 2 faktor utama iaitu harga yang mahal serta pengecasan yang sangat perlahan dan membazir masa. Masuk tahun 2019 ini, kita dapat tengok pelbagai jenama wireless charger di pasaran pada harga yang rendah tetapi mempunyai keupayaan pengecasan tanpa wayar yang pantas. Salah satu nya ialah Xiaomi 10W Fast Wireless Charger.
Xiaomi 10W Fast Wireless Charger Review – Harga Rendah, Kualiti Tinggi, Cas Tanpa Wayar Dengan Pantas
Konsep wireless charging (pengecasan tanpa wayar) ini; anda hanya letak smartphone di atas charging pad dan tiada sambungan wayar diperlukan ke dalam port usb atau lightning untuk iPhone. USB port dan lightning port adalah salah satu bahagian yang mudah rosak jadi penggunaan wireless charger ini secara teori boleh memanjangkan hayat port itu.
Ini pandangan bahagian atas Xiaomi 10W wireless charger ini. Material dan rekaan charger ini menggunakan tekstur logam dan silikon.
Xiaomi 10W Wireless Charger – Free Shipping
Xiaomi 10W Wireless Charger ini biasanya dijual pada harga ~RM65 dan boleh dikatakan agak murah berbanding 10W Wireless Charger jenama lain yang berharga sekitar ~RM120-RM200.
Xiaomi 10W Wireless Charger ini adalah versi terbaru dan secara teori lebih baik daripada versi sebelum ini yang juga banyak dijual di kedai. Rekaan hampir sama tapi dalaman dan spesifikasi ada sedikit berbeza.
Wireless Charger | Max Wireless Charging Output |
Xiaomi 10W Wireless Charger (black) | 5W, 7.5W, 10W |
Xiaomi 7.5W Wireless Charger (white) | 7.5W |
ZMI Wireless Charger | Ada dua model, 7.5W dan 10W |
Pandangan bahagian bawah Xiaomi wireless charger ini. Masa mula-mula sekali saya cuba caj tapi tidak masuk, rupa-rupanya terbalik. Dan saya rasa ramai lagi pengguna lain yang tertukar bahagian depan dan belakang charger ini.
Xiaomi 10W wireless charger ini menggunakan USB Type-C sebagai input. Dan Xiaomi ada sertakan sekali kabel USB Type C yang panjang di dalam kotak. Sesetengah jenama lain tidak menyertakan kabel percuma.
Kiri : Apple 5W Adapter | Tengah : Apple 12W Adapter | Kanan : Samsung 15W Adapter
Adapter | Max Wireless Charger Output | Jumlah Masa Untuk Charger Bateri 3000 mAh |
Apple 5W Adapter | ~ 5W | 4 jam ++ |
Apple 12W Adapter | 5W | ~ 4 jam |
Samsung 15W Adapter | 7.5W | ~ 3 jam |
18W Quick Charger 3.0 Adapter | 10W | ~ 2 jam – 2 jam 30 minit |
(Data di dalam table ini berdasarkan anggaran saya dan bukan ujian teknikal)
Jika anda menggunakan iPhone X, XS, XS Max atau kebanyakan smartphone Android yang menyokong 7.5W wireless charger, digalakkan guna charger 15W atau 18W yang menyokong Qualcomm QC 2.0/3.0.
Saiz fizikal Xiaomi Wireless Charger ini agak kecil berbanding jenama lain yang lebih mahal. Boleh lihat gambar di atas ini untuk rujukan. Hanya bahagian tengah phone sahaja yang muat diletakkan di atas charging pad.
Wireless charger ini juga boleh digunakan bersama-sama casing smartphone dengan material kulit, silicone, tpu, polycarbonate – kecuali logam atau aluminium.
Beli di Shopee : Xiaomi 10W Wireless Charger – Shopee
Review – Xiaomi 10W Fast Wireless Charger
- Harga murah dan berkualiti tinggi
- Menyokong output 5W, 7.5W dan 10W
- Input USB Type C dan kabel disertakan sekali
- Rekaan moden dan minimal
- Saiz agak kecil
- Permukaan charging pad mudah lekat habuk, debu
Xiaomi 10W Wireless Charger – Free Shipping
Jika anda mencari wireless charger pertama kali dan mahukan yang terbaik pada harga bajet, cadangan saya ialah pilih Xiaomi 10W Wireless Charger.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Afizzi
Kalau main game sambil caj ,kita angkat sedikit hp lebih kurang 4-5 cm ..adakah caj masih terhubung ?
Einz
Kalau main game, battery discharge lebih tinggi dari batteri masuk charge, so tak recommended. Eloknya letak phone atas charging pad, charge bagi penuh baru main game.
Wireless charging atau charging pakai cable biasa, tak digalakkan untuk main game sebenarnya masa tu untuk elak issue seperti panas, phone jadi lag, battery drain, battery cepat kaput dsb