Xiaomi Mi Mix 3 – Telefon Pintar dengan Kamera Hadapan Boleh Luncur

Apabila Oppo Find X dilancarkan, ia dikatakan sebagai salah satu inovasi baru dalam reka bentuk telefon pintar kerana menggunakan mekanisma boleh luncur automatik untuk menyembunyikan kamera hadapan dan belakang, sensor dan juga earpiece. Dengan mekanisma ini, skrin Find X tidak mempunyai notch malah menjadikannnya salah satu telefon pintar tercantik. Mengambil inspirasi daripada Oppo, Xiaomi bertindak mengubah kedudukan kamera hadapan yang terletak pada dagu peranti Mi Mix, Mix 2 dan Mix 2S kepada bahagian boleh luncur pada Mi Mix 3. Berbeza daripada Find X, Mi Mix 3 menggunakan mekanisme boleh luncur magnetik untuk menyembunyikan dua kamera hadapan. Dengan ini, pihak Xiaomi mengatakan bahawa Mi Mix 3 mempunyai screen-to-body ratio 93.4% apabila bezel di dagu dikurangkan.

Selain itu, skrin Mi Mix 3 telah beralih kepada teknologi AMOLED (vs LCD pada Mi Mix 2S) dan lebih besar (6.39 inci vs 5.99 inci). Kamera Mi Mix 3 belakang mempunyai Night Mode yang diperbaharui bagi mengambil gambar pada waktu malam dengan lebih jelas serta untuk melawan Night Mode telefon pintar Huawei P20 Pro. Mi Mix 3 juga mampu mengambil video slow-mo dengan kadar 960fps. Bercakap tentang kamera, kamera hadapan Mi Mix 3 telah bertambah menjadi 2, dengan kombinasi 24mp kamera utama + 2mp kamera untuk depth sensor dan diiringi dengan satu led flash. Kamera 24mp menurut Xiaomi menggunakan teknologi 4-pixel binding apabila mengambil gambar selfie dalam keadaan lowlight. 

Sampel gambar kamera belakang Mi Mix 3:

Ini pula sampel kamera hadapan Mi Mix 3:

Berikut adalah spesifikasi penuh Mi Mix 3 :

  • Skrin 6.4 inci AMOLED
  • Resolusi FHD+ (2340 x 1080 pixels), 19.5:9 ratio, 403 ppi
  • Snapdragon 845
  • Kamera Belakang: 12mp f/1.8 1.4µm dual pixel PDAF, 4-axis OIS, Sony IMX363 + 12mp f/2.4 1.0µm telephoto lens
  • Kamera Hadapan: 24mp 0.9µm (6mp 1.8µm apabila 4-pixel binding diaktifkan), Sony IMX576 + 2mp depth sensor
  • Bateri 3200mah Quickcharge 4.0+, Wireless Charge
  • RAM: 6GB, 8GB & 10GB
  • Internal Storage: 128GB & 256GB
  • Lain – lain: usb Type-C, Gorilla Glass, Android 9.0 Pie (Miui 10), tiada headphone jack & microSD slot

Mi Mix 3 hadir dalam pilihan warna hijau, biru dan hitam. Terdapat warna eksklusif untuk versi 10GB RAM yang dipanggil Forbidden City Blue. Mi Mix 3 juga menyertakan wireless charger 10W dan adapter 3.5mm jack to type-C percuma dalam kotak. Mi Mix 3 akan mula dijual di China bermula 1 November dengan harga CNY3299 (~RM1979) untuk versi 6/128GB, CNY3599 (~RM2159) untuk versi 8/128GB dan CNY3999 (~RM2399) untuk versi 8/256GB. Versi 10/256GB akan dijual pada harga CNY4999 (~RM2998) dan akan dijual pada hujung November. Terdapat juga variasi Mi Mix 3 dengan sambungan 5G yang akan dijual pada suku pertama tahun 2019. Tiada berita lagi mengenai bilakah Mi Mix 3 akan dibawa masuk ke dalam Malaysia, jika ia dibawa masuk, saya sarankan anda menunggu Mi Mix 3 dengan sambungan 5G kerana ia adalah lebih futureproof bagi pengguna yang tidak menukar telefon pintar setiap tahun.

 



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply