xiaomi mi5

Khabar angin mengenai Xiaomi Mi5 sudah tersebar luas sejak pertengahan 2015 lagi, tetapi dikatakan Xiaomi memilih untuk menangguh pelancaran Mi5 pada ke tahun 2016. Kini, Xiaomi telah melancarkan Mi5 secara rasmi di Mobile World Congress (MWC) dan smartphone generasi baru ini dilihat agak memukau dan menggagumkan ramai peminat. Adakah Xiaomi telah berjaya menghasilkan smartphone ‘flagship’ yang terunggul di pasaran bagi awal 2016?

Xiaomi Mi5

xiaomi mi5 spec

Spesifikasi utama bagi Mi5 ialah skrin 5.15″ Full HD 1920x1080p, 4GB RAM, storan dalaman 32 GB sehingga 128GB dan merupakan peranti pertama Xiaomi yang mempunyai ‘home button’ yang dilengkapi fingerprint sensor. Implementasi fingerprint sensor bagi Mi5 adalah hampir sama dengan iPhone 6S dan Samsung S6/S7 cuma Xiaomi memilih untuk menggunakan butang yang leper berbanding bulat. Hasilnya, saiz bezel bagi Mi5 dapat dikecilkan dan menjadikan rekaan badan lebih elegan.

xiaomi mi5 gold

Walaupun mempunyai saiz skrin yang lebih besar berbanding iPhone 6S, Mi5 sebenarnya 14 gram lebih ringan (129 gram vs 143 gram). Mi5 mempunyai bingkai yang sedikit curved dan material belakang adalah diperbuat daripada kaca dan rekaan ini dikenali sebagai 3D glass body. Walaupun mempunyai rekaan nipis, Mi5 dilengkapi bateri dengan kapasiti 3000 mAh yang boleh dicas secara pantas menggunakan teknologi Quick Charge 3.0.

xiaomi mi5 antutu

Xiaomi VP Hugo Barra ketika pelancaran Mi5 dengan penuh yakin berkata “Mi5 sangat laju” kerana dilengkapi cip Snapdragon 820 dan teknologi UFS 2.0 bagi storan dalaman yang lebih laju berbanding Emmc 5.0 yang banyak digunakan pada majoriti smartphone di pasaran. Perbezaan kelajuan antara teknologi UFS dan Emmc boleh diumpamakan dengan perbandingan SSD dan HDD di komputer.

 

xiaomi mi5 camera

Kamera kini merupakan aspek yang sangat penting bagi smartphone. Dilengkapi sensor 16 Megapixel Sony IMX298 (1/2.8”)  serta lens dengan aperture F/2.0, Mi5 mempunyai keupayaan kamera di dalam kelas antara yang terbaik. Rakaman video 4K juga turut disokong dan fungsi OIS 4-axis mampu menghasilkan video yang berkualiti dan kurang gegaran. Sampel gambar daripada kamera Xiaomi Mi5 boleh dilihat di bahagian bawah artikel ini.

xiaomi mi5 price

Xiaomi Mi5 akan dilancarkan bermula di China pada Mac 2016 dengan harga permulaan RMB 1999 untuk model 32GB (RM1297). Masih belum diketahui adakah Mi5 akan memasuki pasaran Malaysia. Harapan saya ialah Xiaomi Malaysia segera melancarkan Mi5 di Malaysia pada harga yang berpatutan serta memberi banyak pilihan warna dan storan. Peminat Xiaomi pasti gembira jika mereka berpeluang membeli Mi5 dalam kesemua warna Black, Silver dan Gold serta pilihan kapasiti 32 GB, 64GB dan 128GB.

Apa pendapat anda mengenai smartphone  Mi5?

 

 

730 total views, 5 views today



RELATED POSTS