Xiaomi Pocophone F1 Mula Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM1237 Untuk Flagship Snapdragon 845, 6GB RAM, 4000 mAH Battery

pocophone f1 malaysia 2

Selain Samsung Galaxy Note 9, telefon pintar yang sering menjadi isu perbincangan di Youtube, forum-forum, Facebook sekarang ialah Xiaomi Pocophone F1 atau Poco F1. Menariknya Poco F1 ialah spesifikasi nya yang jauh mengatasi telefon pintar jenama lain walaupun dijual pada harga yang murah.┬áKini, Poco F1 mula dijual di Malaysia pada harga serendah RM1237 sahaja – harga yang sangat murah dengan spesifikasi Snapdragon 845, 6GB RAM, bateri 4000 mAH dan dual-camera 12MP + 5MP. Umpama beli laptop gaming i7 baru pada harga RM2000.

Xiaomi Pocophone F1 Mula Dijual Di Malaysia – Harga Bermula RM1237

Pada harga RM1237, smartphone jenama lain biasanya hanya menggunakan processor Snapdragon 636 atau Snapdragon 660 dengan 4GB RAM. Xiaomi sekaligus mengancam penjualan smartphone flagship mereka sendiri iaitu Xiaomi Mi 8 dan juga Mi A2 dengan meletakkan harga yang murah pada Poco F1. Peranti Xiaomi Black Shark gaming phone juga boleh dikatakan akan ‘dibunuh’ oleh Poco F1 ini. Apapun, asalkan pelanggan tetap beli phone Xiaomi, mungkin itu yang berada di fikiran bos syarikat Xiaomi.

poco f1 malaysia

Berminat menjadi yang terawal di Malaysia menggunakan Pocophone F1? Xiaomi menerusi Lazada Malaysia telah memulakan penjualan rasmi Poco F1 bermula hari ini (30/8/2018). Klik butang di bawah untuk membuat pembelian.

Pocophone F1 – RM1237 (64GB/6GB RAM)

Apa pendapat anda mengenai Poco F1?



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply