Xiaomi Redmi Note 5 Dilancarkan di Malaysia Pada Harga Bermula RM799

redmi note 5 malaysia

Xiaomi Redmi Note boleh dikatakan ‘raja’ bagi peranti Android kelas pertengahan di negara seperti Malaysia, Indonesia dan India. Kini, Redmi Note 5 pula hadir ke Malaysia dan dijangka akan menjadi peranti yang sangat popular seperti Redmi Note 3 dan Redmi Note 4 pada tahun sebelumnya.

Xiaomi Redmi Note 5 Dilancarkan di Malaysia Pada Harga Bermula RM799

redmi note 5 malaysia spec

Redmi Note 5 kini lebih bergaya dan berkuasa – skrin penuh FHD+ 18:9 bersaiz 5.99″, dual camera 12MP+5MP dengan kesan Bokeh, kamera depan 13MP dengan kesan Bokeh serta saiz bateri yang besar iaitu 4000 mAh. Dengan harga bermula RM799, Redmi Note 5 sukar ditandingi oleh pesaing utama seperti Samsung dan Huawei.

Redmi Note 5 akan mula dijual secara tempahan bermula 25/4/2018 di Lazada Malaysia.

Harga Redmi Note 5

Harga bagi Redmi Note 5 ialah

  • Xiaomi Redmi Note 5 3GB RAM/32GB storage – RM799
  • Xiaomi Redmi Note 5 4GB RAM/64GB storage – RM999

Jika anda menunggu model Redmi Note 5 dengan RAM 6GB, mungkin anda terpaksa menunggu lebih lama sedikit.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply