Xiaomi Redmi Note 6 Pro Mula Dijual di Malaysia — Harga Bermula RM849


Xiaomi telah pun mula menjual peranti baru siri Redmi Note yang diminati ramai di Malaysia dengan terlancarnya Redmi Note 6 Pro. Redmi Note 6 Pro walaubagaimanapun hanyalah membawa penambaikkan yang kecil berbanding Redmi Note 5 Pro. Perbezaan kecil salah satunya adalah pada skrin. Redmi Note 5 Pro menawarkan skrin 5.99inci FHD+ 18:9 tanpa sebarang notch, Redmi Note 6 Pro pula mempunyai notch dan skrin sebesar 6.26 inci dengan FHD+ 19:9. Selain itu, Redmi Note 6 Pro hadir dengan dua kamera hadapan untuk pengambilan selfie yang lebih cantik serta dengan efek bokeh yang lebih realistik. Kamera belakang juga dipertingkat untuk kualiti gambar yang lebih baik dengan sensor kamera utama yang lebih besar berbanding Redmi Note 5 Pro (1.4µm vs 1.25µm). Kesemua kamera belakang dan kamera hadapan dibantu dengan AI software yang lebih canggih. Khabar baik juga Redmi Note 6 Pro masih mempunyai 3.5mm headphone jack. Berikut adalah spesifikasi Redmi Note 6 Pro:

  • 6.26 inci IPS LCD notched screen
  • Resolusi FHD+ (2280 x 1080 pixels), 19:9 ratio , 403ppi
  • Snapdragon 636
  • Kamera Belakang: 12mp f/1.9 1.4µm dual pixel PDAF + 5mp f/2.0 1.12µm 
  • Kamera Hadapan: 20mp f/2.0 + 5mp 
  • Bateri 4000mah
  • 3GB RAM + 32GB ROM / 4GB RAM + 64 ROM
  • Lain – lain: Gorilla Glass , 4K video support, microUSB, microSD hybrid slot, Android 8.1 Oreo (Miui 9)

Berikut adalah sampel gambar daripada Redmi Note 6 Pro:


Xiaomi menawarkan harga RM849 untuk versi 3GB RAM + 32 ROM dan harga RM999 untuk versi 4GB RAM + 64GB ROM. Untuk pasaran Malaysia, Redmi Note 6 Pro hadir dalam pilihan warna hitam, biru dan rose gold. Kepada yang berminat, bolehlah dapatkan Redmi Note 6 pro di kedai fizikal Xiaomi Mi Store dan Mi Zone ataupun di kedai atas talian rasmi Xiaomi di Lazada atau Shopee.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply