Rasa excited sangat dapat memiliki Air Fryer sendiri. Sebab sebelum ini dah banyak kali dengar pasal Air Fryer ini boleh memudahkan kita memasak tanpa gunakan minyak. Tak guna minyak, jadi makanan yang dimasak tu less-oily dan secara teori-nya lebih bagus untuk tubuh badan kita. Tapi masa Air Fryer ini mula-mula mainstream sekitar 2013 macam tu harga dia mahal sangat sampai lebih seribu ringgit harganya dan pilihan model pun tak banyak.
Fast forward ke 2015 ini, awal bulan Jun saya saja2 buat survey online mengenai Air Fryer dan terjumpa la Air Fryer jenama XMA ini. Harganya pula saya kira agak murah berbanding jenama lain dan saya terus order sebijik untuk guna dekat rumah.
Harga XMA Air Fryer
Air Fryer ada pelbagai brand, antaranya Philips, Khind, XMA dan sebagainya. XMA Air Fryer ini saya tengok paling banyak positive ratings & reviews berbanding brand lain dan harganya juga paling murah.
Item ini juga dijual direct oleh Lazada sendiri jadi saya lebih percaya berbanding third-party. Order saya mengambil masa dalam 3 hari dah postage selamat sampai ke alamat saya.
XMA Air Fryer Review
Gambar-gambar ‘hardware’ Air Fryer ini untuk tatapan anda semua.
Basically XMA Air Fryer ini
- saiz lebih kurang rice cooker
- boleh set timer dan suhu tapi tiada digital LCD Panel macam Air Fryer yang high-class
- memasak sepenuhnya guna elektrik, tanpa gas atau minyak
- compartment dia boleh dicabut untuk mudah dicuci selepas digunakan
Memasak tanpa guna minyak menggunakan Air Fryer
Bagaimana Air Fryer boleh memasak tanpa gunakan minyak?
Secara teori Air Fryer ini berfungsi menggunakan high-speed hot air circulation untuk ‘memasak’ makanan pada suhu tinggi. Kira altenatif moden bagi memasak guna kuali atau guna Deep Fryer. Makanan yang sesuai dengan Air Fryer antaranya seperti makanan yang di dalam sudah ada ‘minyak’ seperti
- Nugget, sosej, daging burger
- Fries, Potato Wedges
- Ikan salmon
- Ayam bersalut tepung Ayamas dan sebagainya
Bila tak guna minyak, makanan jadi kurang minyak, kolestrol yang kita consume pun kurang dan secara teori ia kurang kesan negatif terhadap kesihatan tubuh badan. Ada orang kata tak sedap kalau makan benda takde minyak. Boleh saja sebenarnya nak letak minyak atas food cuma agak defeat purpose Air Fryer ini yang nak produce makanan yang less-oily.
Jadi, the choice is yours.
Resepi Masak Guna Air Fryer
Saya syorkan guna app Philips Air Fryer untuk ketahui cara dan resipi nak baking, frying, grill dll guna Air Fryer ini. Sebab di dalamnya sudah ada contoh bahan, duration dan suhu yang sesuai. Nak lagi best kena kreatif dan try buat ikut citarasa anda sendiri. ;D
contoh-contoh hasil dari Air Fryer yang dimasak oleh saya dan isteri;
First attempt, meatball Ramlee dan fries.
Meatball dan Fries – tak guna minyak sikit pun!
Ikan Salmon ini beli yang fresh dekat tesco dan letak lemon sikit dan tambah herbs. Nak lagi sedap boleh sprinkle sikit olive oil bagi texture nampak lebih menggiurkan.
Salmon Puff, yang ini beli yang frozen dan letak dalam Air Fryer. Ini baru tiga contoh, lepas ini banyak lagi resepi yang saya dan isteri nak cuba buat!
Air Fryer – Mudah, Murah dan Jimat !
Yang dah lama teringin nak beli Air Fryer tu saya sangat syor-kan beli brand XMA ini. Sangat mudah guna, even those yang near 0% knowledge dalam memasak pun boleh guna. Yang di rumah bujang pun boleh beli untuk buat masak benda-benda frozen. Jimat ruang, tidak serabut dan mudah dicuci.
Harga pun masuk akal dan sesuai sebagai dibeli untuk diri sendiri, untuk isteri atau sebagai hadiah untuk kawan2 yang baru kahwin.
Jangan lupa kongsikan post ini dengan rakan2 anda dan boleh komen di bawah untuk pertanyaan. ð
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU ðŊ - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK ððž
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
ðĨTak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! ðĨ
Eny
Letrik camneeee
Einz
taktau la nak sukat camne usage dia. kat box dia mention 1400w sahaja. ð
Zul
Saya dalam proses survey utk beli air fryer jugak ni.. Actually sgt berkenan yg philip punya tapi harga pun blh tahan gak..tp bila dah baca pglmn en n isteri guna brand ni mcm jatuh hati lak..walau pun murah tp fungsi sama ngan yg mahal…tqvm pada en yg sudi berkongsi…
Einz
Kalau urgent nak pakai duit, beli yg xma pun okay. Nanti bila dah mampu baru upgrade ke philip. ð
Zul
Allahamdulillah…sy baru sahaja membuat pembelian di atas talian di Lazada. Tp harga kali ini mahal sedikit berbanding dengan yg En Einz beli tempoh hari. Sy beli hampir RM300 termasuk GST n postage charge..kalo nak guna kupon RM10 yg lazada bagi sy kena tggu 2 hari lagi..sy nak tyn En Einz…kalo nak goreng ayam, ikan or any frozen food brp minit yg en set kan? harap dapat berkongsi apa2 shj ttg penggunaan air fryer ini di sini..tq in advance…
Einz
Kalau beli pakai cimb mastercard dapat 15% off lagi rasanya dekat lazada masa hari Sabtu/Ahad. Biasa preheat dulu 180âĒc untuk 5 minit. Pastu masuk food dalam airfryer, try set 180âĒc untuk 10 minit. Pastu kalau x cukup masak baru tambah lagi another 10 minit. Boleh refer app philips air fryer tu banyak membantu…download kat phone then pilih nak masak apa contoh steak, salmon, ayam goreng, etc.
Einz
Orang muda macam kitorang selalu masak burger, frozen food, salmon etc. Dapat kat golongan veteran, guna airfryer buat masak satay, daging bakar masa raya korban, ikan siakap bakar etc. ð
Fara
Sy dah beli xma air fryer ni lebih kurang 4 bulan lepas. Just nak tanya…boleh ke masukkan bekas besi i.e. baking tray kat dlm air fryer ni?
Einz
Personally tak pernah try, tapi kalau nak guna baking tray pastikan material yg direka khas untuk kegunaan oven/microwave etc…should be ok.
Fara
Tq for ur reply. Manual hilang mana ntah….sy try cari online tp x jumpa
Einz
Try download apps philips airfryer kat phone. Dalam tu ada recipe nak buat pancake, chocs, biscuit etc…very helpful untuk nak jadi lebih kreatif
Afilia Mashida
Air fryer ni kalau nk masak nasi atau kuah2 pon boleh ke?
Einz
Possible tapi tak berapa sesuai…macam budak2 asrama atau rumah sewa diorang masak segala benda dalam periuk nasi. AirFryer specific use sesuai untuk goreng, bakar, grill macam tu.
Pah
Assalam dah setahun en elinz guna airfyer jenama ni ok lagi ker….baru nak try beli
Einz
Salam, einz dah upgrade ke airfryer baru yang lagi besar dan power.
airfryer ni still ada dan functional elok lagi, guna almost daily kat rumah parents ð
SUZANA BASARUDDIN
blh share info & testimoni air fryer baru tu
Einz
Butterfly airfryer yang kitorang beli baru tu memang awesome
Saiz besar, kapasiti boleh muat banyak benda sekali fry tu
Juga dapat baking cage dan boleh buat macam2 mode seperti nak reheat dan sebagainya.
Kalau cari airfryer bagus, beli yg jenama butterfly
NURFARADILLA BINTI ANUAR
Boleh share lg resipi yg best2 tak? Hihihi