yes-4g-lte-8gb

Beberapa bulan lepas, saya ada kongsikan bahawa saya telah melanggan pakej Yes 4G 16GB data quota pada harga RM88. Pada akhir Jun 2016, Yes telah melancarkan servis Yes 4G LTE yang boleh digunakan di telefon pintar. Yes 4G LTE menggunakan kad sim seperti kad sim telco lain dan juga hanya menyokong sebilangan kecil sahaja telefon pintar Android buat masa sekarang.

Beberapa minggu lepas, saya dapat tahu bahawa pelanggan Yes 4G Broadband sedia ada boleh memohon untuk mendapatkan kad sim secara percuma dan pada masa sama dapat data 4G LTE ekstra tanpa bayaran tambahan. Sebagai contoh, saya kini dapat data 16 GB Yes 4G Wimax  dan 8GB Yes 4G LTE (total 24GB).

Yes 4G LTE Sim Card

yes-4g-lte-sim-card-data

Untuk mendapatkan simkad Yes 4G LTE, anda perlu ke Yes Store atau Yes HQ. Bagi Yes Id untuk pengesahan dan tunggu sebentar. Bergantung kepada plan Yes 4G Broadband yang anda langgan, anda boleh dapatkan 2GB – 8GB lte data (rujuk gambar di atas).

yes 4g lte sim card

Ini adalah Yes 4g lte sim card. Saya kini menggunakannya di dalam smartphone Samsung J5 2016 di dalam slot 2 khas untuk data. 8GB data LTE setiap bulan, not bad juga kan?

Sekiranya anda atau kenalan anda belum lagi mendapatkan sim kad Yes 4G LTE, segera dapatkan sekarang kerana saya tidak pasti adakah pakej New ! Double Double akan diteruskan sampai bila.

353 total views, 1 views today