yes4g-16gb-rm88

Saya kini merupakan pelanggan plan postpaid Yes4G 16GB / RM88 sebulan. Tawaran yang dipanggil sebagai “Real Hero Postpaid Plan” ini merupakan promosi waktu terhad oleh Yes 4G dan bagi saya ia merupakan good deal kerana jumlah data quota yang ditawarkan ini hampirĀ 3 kali ganda daripada plan biasa pada harga yang sama.

Yes4G 16GB / RM88 Review

yes 4g real hero postpaid

Dipendekkan cerita, saya akan berpindah ke rumah baru dan sambungan internet adalah perkara wajib ada. Pilihan utama saya ialah TM tetapi malangnya kawasan baru ini ‘tiada infra’ dan saya tidak dapat melanggan sebarang pakej dari TM. Jadi, saya terpaksa beralih kepada mobile broadband di mana pilihan saya ialah Celcom, Maxis, Digi, Umobile dan Yes. Saya perlukan plan internet dengan harga yang masuk akal dan bagi mobile broadband, kuota data adalah sangat penting.

Secara ringkas, di bawah harga RM100 sebulan Celcom, Maxis, Digi dan Umobile menawarkan data siang hari yang agak sedikit dan melebihkan kepada kuota pada waktu tengah malam. Yes4G pula, pada awal Mac ketika itu menawarkan Yes 4G Prosperity 11GB data pada harga RM88, di mana saya hanya bookmark dulu untuk rujukan di masa akan datang.

yes4g real hero

Secara kebetulan, saya melayari kembali laman Yes4g pada minggu lepas dan ternampak tawaran Real Hero postpaid plan ini. Hanya RM88 sebulan untuk 16GB all-day quota. Jauh lebih bagus dari promo Prosperity di mana plan RM88 hanya dapat 11GB data. Dan plan ini jika anda lihat di atas, ia lebih berbaloi daripada pakej lain yang lebih mahal tetapi menawarkan kuota data yang lebih rendah. Plan RM88 biasa hanya dapat 5.5GB data dan 16GB kuota boleh dikatakan perbezaan hampir 3 kali ganda.

Saya tidak tunggu lama dan terus order secara online.

Ringkasan plan Yes4G 16GB / RM88

  • Bayaran awal kira-kira RM200 (termasuk rebate bagi bil bulan pertama)
  • Kelajuan maksimum ialah 20 MBps
  • Kuota data 16GB adalah all day/night
  • Kontrak selama setahun
  • Dapat modem wifi kecil molek Huddle XS dengan melanggan pakej ini

Huddle XS ini memang bersaiz sangat kecil dan boleh muat dalam poket. Boleh di bawa ke mana-mana dan ketahanan bateri lebih kurang 6 jam. Secara default, Huddle XS menggunakan wifi unsecured tetapi anda boleh set kepada WPA atau WPA2. Capaian signal Huddle XS boleh dikatakan agak lemah berbanding Yes Zoom, jika perlu saya akan membeli Yes Zoom pula di masa akan datang untuk kegunaan di rumah.

Speedtest Yes 4G

yes4g rm88 16gb

Memandangkan kawasan saya kira-kira 5 KM jauh daripada bandar, saya tidak dapat kelajuan penuh hingga 20 MBps, tetapi kelajuan purata sekitar 6 MBps hingga 9 MBps. Sudah cukup laju untuk streaming Youtube HD dan kegunaan kasual. Cuma apabila download sesuatu kena sentiasa beringat plan ini hanya ada limited quota. :/

Untuk online gaming, ping boleh dikatakan ok – di bawah 100ms dan boleh diterima untuk Dota 2, misalnya.


Plan Yes4G 16GB RM88 ini hanya terhad sehingga 30 April 2016, dan jika berminat boleh dapatkan segera, secara online ataupun di kedai reseller berdekatan tempat anda.

AMA !

681 total views, 1 views today