yi 4k action camera

Dalam 3 tahun kebelakangan ini, action camera GoPro dan SJCAM sangat-sangat popular di Malaysia. Tahun lepas pula menyaksikan pertama kali kemunculan Yi Action Camera atau dikenali juga sebagai YiCam dan ia juga diterima baik kerana harga yang sangat murah dan kualiti yang ok. Tetapi, sebagai peranti generasi pertama YiCam mempunyai pelbagai jenis kelemahan dan kekurangan dan kini peranti generasi kedua YiCam telah diperkenalkan.

Yi 4k Action Camera

Yi Action 4K Camera, seperti namanya, kini mempunyai kemampuan untuk merakam video 4K 30 fps seperti GoPro Hero 4 Black. Selain 4K, YiCam baru ini turut menyokong video dengan resolusi 2.5K, 2K dan juga slow motion sehingga 720p 240 fps. Fungsi remote turut menyokong Bluetooth selain Wifi juga dipertingkatkan kepada Dual Band 5Ghz yang menjanjikan sambungan yang lebih lancar dan laju.

 

Dari segi sensor, YiCam generasi pertama mempunyai sensor 16MP tetapi Yi 4k Action Camera kini mempunyai sensor 12MP Sony IMX377  dengan aperture F/2.8 yang lebih moden. Gambar yang dihasilkan mempunyai efek wide angle seperti GoPro juga (155 darjah) dan rakaman video pula mempunyai Electonic Image Stabilization (EIS) yang mengurangkan getaran. Biasanya video daripada action camera yang tiada stabilization agak memeningkan kepala penambahan EIS adalah sesuatu yang sangat bagus.

yi 4k camera

Yi 4k Action Camera kini mempunyai touchscreen display yang memudahkan merakam video tanpa perlukan remote. GoPro, sebagai perbandingan memerlukan aksesori tambahan yang agak mahal bagi menambah screen display. Yi Cam generasi lepas tidak mempunyai sebarang display dan perlu bergantung kepada Wi-Fi remote sepenuhnya atau aksesori tambahan.

yi 4k colors

Yi 4k Action Camera dijual dalam 3 variasi warna dan harga permulaan adalah CNY1199 (~RM748), lebih dua kali ganda daripada YiCam generasi lepas yang dijual pada harga ~RM300 – RM350. Buat masa sekarang, masih tiada tarikh pelancaran di Malaysia dan sama-sama kita berharap tidak perlu menunggu lama untuk mencuba Action Camera terbaru ini.

Sumber : Yi Technology

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

442 total views, 2 views today