youtube offline download

Aplikasi Youtube di iOS dan Android kini membenarkan anda “save offline” atau muat-turun video untuk tontonan bila ketiadaan internet. Satu butang akan muncul di bahagian bawah kotak video dan ketika ini anda hanya boleh memilih untuk muat turun video dalam resolusi SD dan HD 720p. Tiada pilihan untuk video 1080p mahupun download audio sahaja seperti kebanyakan Youtube Downloader lain.

Youtube Save Offline

youtube app download offline

Fungsi Youtube Save Offline boleh digunakan pada kebanyakan video di Youtube kecuali video yang terikat dengan hak cipta seperti Music Video. Cubaan saya untuk save offline video Coldplay – Hymn For The Weekend tidak berjaya. Video trailer bagi Street Fighter V berjaya di muat turun tanpa sebarang masalah.

Syabas diucapkan kepada pihak Google dan Youtube kerana fungsi download sangat-sangat berguna di Malaysia di mana kuota data adalah terhad dan mahal. 😀

476 total views, 1 views today