zelda breath of the wild

The Legend of Zelda : Breath of The Wild merupakan game Zelda pertama dengan gameplay open world yang dilancarkan secara rasmi bersama konsol baru Nintendo Switch. Ia merupakan game Zelda yang dibangunkan selama 5 tahun, asalnya untuk sistem Nintendo Wii U dan kemudian turut dibangunkan sebagai game untuk Nintendo Switch.

Peminat siri Zelda yang menunggu Zelda : BOTW sejak 2013 lagi nampaknya akan lebih gembira kerana game ini telah menerima banyak revieu positif daripada media terkemuka seperti IGN, Famitsu, Polygon dan sebagainya.

Zelda Breath Of The Wild ‘Masterpiece’

zelda botw review

IGN memberikan 10/10 “Masterpiece” manakala The Verge menamakan BOTW sebagai “Best Zelda Ever“. Majalah gaming yang besar di Jepun seperti Famitsu juga memberikan nilai rating 40/40. Manakala di kalangan peminat Zelda pula ramai kini menganggap ia sebagai game yang telah mengatasi Zelda : Ocarina of Time yang pernah digelar sebagai greatest game of all time.

“It’s kind of incredible technological marvel that Nintendo actually put a huge open world 3d Zelda game into this tiny cartridge”.

zelda cartridge

Sebagai peminat siri Zelda, saya begitu teruja untuk membeli Nintendo Switch pada masa ini hanya untuk memainkan Breath of The Wild.

Sempena hari pelancaran Nintendo Switch, jom sama-sama kita berharap agar Nintendo lebih sukses di masa hadapan dan lebih banyak menghasilkan karya ‘masterpiece’ seperti Breath of The Wild.

Sumber : /r/nintendoswitch (1) | (2) 



RELATED POSTS